Khamis, 14 Disember 2017

Uniknya Taman Mini Ajaib Tangkak Inspirasi Dari kisah legenda Puteri Gunung Ledang

terimakasih sudi like
loading...
Loading...
Uniknya Taman Mini Ajaib Tangkak Inspirasi Dari kisah legenda Puteri Gunung Ledang

Hiasan landskap yang terdapat di sekitar taman mini ini diberi nama Taman Mini Ajaib Tangkak.


DIINSPIRASIKAN daripada kisah legenda Puteri Gunung Ledang, sebuah taman mini yang diberi nama Mini Miracle Garden atau Taman Mini Ajaib telah diwujudkan di daerah Tangkak, Johor.

Cetusan idea Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Dr. Hamim Samuri yang juga Ahli Parlimen Ledang itu menjadi tarikan terbaharu di daerah Tangkak yang sebelum ini terkenal dengan jolokan syurga kain atau bandar tekstil
Menurut Pegawai Perancang Bandar dan Desa, Majlis Daerah Tangkak (MDT), Zulkifli Sabree, pelbagai elemen yang diterapkan dalam landskap Taman Mini Ajaib itu menjadi simbol atau perlambangan bagi kisah legenda Puteri Gunung Ledang.
Zulkifli berkata, pihaknya turut mendapat bantuan dan bimbingan terutamanya dalam aspek teknikal landskap daripada Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) bagi merealisasikan idea taman mini yang mula dibuka kepada orang ramai pada 14 Oktober lalu.
“Kami mahu mewujudkan sebuah taman mini ajaib yang mempunyai kaitan dengan kisah legenda Puteri Gunung Ledang. Kami cuba menterjemah elemen yang terdapat dalam kisah itu ke dalam bentuk ukiran.
“Antara elemen utama yang diketengahkan ialah tujuh batu tempat berpijak yang diolah daripada tujuh syarat untuk meminang Puteri Gunung Ledang serta arca tempayan dan dulang.

Konsep

“Kami berharap Taman Mini Ajaib ini menjadi tarikan terbaharu daerah ini dan lebih ramai orang akan berkunjung ke sini,” katanya dalam suatu kenyataan akhbar baru-baru ini.
Dibangunkan di bawah kawasan pentadbiran MDT, kira-kira enam minggu diperuntukkan bagi menyiapkan taman mini itu. Selain dibina di atas kawasan taman awam Laman Bunga Raya, ia juga terletak bersebelahan Masjid Jamek Tangkak iaitu di tengah-tengah Bandar Baharu Tangkak.
“Dengan keluasan 900 meter persegi, kerja penambahbaikkan kemudahan di taman mini ini akan dilakukan dari semasa ke semasa.
“Sebagai contoh, menambah ukiran baharu dan unik termasuk elemen pencahayaan untuk dikunjungi pada waktu malam,” ujarnya.
Sementara itu, Penolong Arkitek Landskap bagi projek berkenaan, Mohd. Hanafi Mohd. Lazim berkata, taman mini itu turut dibina dengan menggabungkan konsep tradisional dan moden.
Mereka mendapat khidmat nasihat FRIM dalam aspek reka bentuk, susun atur dan jenis pokok atau tanaman yang sesuai untuk ditanam.
Antara pendekatan dalam penambahbaikan dan pengindahan landskap di kawasan taman itu merangkumi elemen kerja landskap lembut (softscape) dan landskap kejur (hardscape).
Kerja landskap lembut melibatkan penanaman spesies tumbuhan yang bersesuaian terutamanya pokok renek berbunga dan daun berwarna bagi memberi impak warna-warni kepada taman berkenaan.
Selain itu, mereka turut menanam pokok topiari dan pagaran dengan rupa bentuk yang seragam, penggunaan pokok berpasu dan pokok memanjat bagi menghiasi struktur gerbang mini.
“Bagi kerja landskap kejur pula, pembinaan struktur gerbang mini, arca hiasan seperti basikal bunga, kereta sorong, pasu-pasu tumpah dan ikonik logo ‘Love’ Ledang Tangkak juga dibangunkan, sekali gus menjadi tarikan utama untuk orang ramai datang serta merakam gambar kenangan,” katanya.
Antara spesies pokok dan tumbuhan yang ditanam ialah pokok renek berbunga, pokok renek daun berwarna, palma dan pokok hiasan serta pokok topiari dan pagaran.
“Pokok renek berbunga yang diselitkan dalam taman ini ialah bunga kertas, ros Jepun, petunia, lidah kucing, tanaman Amazon dan ruellia.
“Selain itu, pokok daun renek seperti pokok bayam merah, bayam mini merah dan duranta turut menonjolkan tanaman pada landskap Taman Mini Ajaib,” ujarnya.
loading...

SHARE THIS
Loading...

Author:

seorang ibu dan blogger bebas ,memaparkan kisah-kisah menarik dari seluruh dunia

Loading...

0 ulasan: