Rabu, 11 Oktober 2017

Tengku Zawyah Muatnaik Foto Cuba Juadah (food tasting) Untuk Majlis Persandingan Adib Khalid dan Izara Aishah

terimakasih sudi like
loading...
Loading...
Tengku Zawyah Muatnaik Sesi Cuba Juadah (food tasting) Untuk Majlis Persandingan Adib Khalid dan Izara Aishah

KUALA LUMPUR 10 Okt. - Pasangan popular, Adib Khalid dan Izara Aishah bakal disatukan sebagai suami isteri pada 17 November ini.
Mengesahkan berita itu, Adib yang juga anak tiri penyanyi terkenal, Datuk Siti Nurhaliza berkata, majlis akad nikah dia dan Izara akan dilangsungkan dalam satu majlis tertutup khusus untuk ahli keluarga dan rakan-rakan terdekat.


Pasangan berkenaan juga akan diraikan dalam majlis persandingan sebelah lelaki dua hari kemudian.
“Pada masa ini, segala persiapan sedang giat kami lakukan dan Alhamdulillah semuanya berjalan lancar,” kata Adib kepada Utusan Online ketika dihubungi sebentar tadi.
Petang tadi, keluarga Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Tune Studios itu yang terdiri daripada ayahnya, Datuk Seri Khalid Mohammad Jiwa, Siti Nurhaliza, ibu kandungnya, Datin Tengku Zawyah Tengku Izham serta beberapa ahli keluarga yang lain menghadiri sesi mencuba juadah (food tasting) untuk majlis persandingan pasangan berkenaan di sebuah hotel terkemuka di ibu negara.
Foto-foto mereka dimuat naik oleh Tengku Zawyah dalam laman sosial Instagram peribadinya.
Adib dan Izara yang juga aktres wanita ternama tanah air sebelum ini mengikat tali pertunangan pada Julai lalu dan kedua-duanya juga akan mengikut kursus pernikahan pada hujung minggu ini.

“Doakan majlis kami berjalan sempurna seperti mana yang kami rancangkan,” kata Adib lagi.
Adib juga memberitahu, dia dan Izara belum membuat keputusan destinasi bulan madu mereka kerana pada masa ini masing-masing sibuk memberi tumpuan pada majlis istimewa itu.


loading...

SHARE THIS
Loading...

Author:

seorang ibu dan blogger bebas ,memaparkan kisah-kisah menarik dari seluruh dunia

Loading...

0 ulasan: