Ahad, 8 Oktober 2017

Wanita anak 5 tinggal dalam sampah ‘hilang’

terimakasih sudi like
loading...
Loading...
Wanita anak 5 tinggal dalam sampah ‘hilang’

KOTA BHARU – Seorang wanita menghilangkan diri selepas kisahnya mengabaikan lima anak serta tinggal dalam rumah yang dipenuhi sampah di Kampung Paloh, Pintu Gang di sini menular di laman sosial sejak semalam.

Malah usaha Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) untuk mengesan wanita berusia sekitar 30-an itu juga gagal apabila dia dikatakan tidak pulang ke rumah selepas dibebaskan oleh polis petang semalam.

Sementara itu, tinjauan mendapati rumah dipenuhi dengan sampah dan dia serta anak-anaknya tinggal di tingkat atas yang mempunyai satu katil serta tilam.

Wanita tersebut dikatakan mula berpindah ke rumah itu kira-kira setahun dan kehadirannya juga ‘misteri’ bagi penduduk kampung.

Rumah itu agak uzur kerana ditenggelami bah kuning pada penghujung tahun 2014 namun masih dilengkapi dengan kemudahan elektrik serta bekalan air.


“Kami tak tahu dia datang dari mana. Saya selalu nampak anak-anak dia terbiar, saya kesian, jiran-jiran juga kesian, kami bagi makanan dekata anak-anak.

“Kami juga selalu nampak lelaki keluar masuk. Lelaki lain-lain, tak sama. Kami tak tahu mereka buat apa kerana wanita ini tidak pernah bercampur atau keluar rumah.

“Penghulu dah buat laporan kepada pihak berkuasa mengenai keadaan mereka tetapi tidak ada apa tindakan diambil sampailah baru ini bila cerita ini jadi viral,” kata seorang penduduk yang enggan dikenali.

Sambungnya lagi, pernah sekali, dia mendengar wanita itu bertengkar dengan seorang lelaki yang meninggikan suara mahu mencampak bayinya ke dalam perigi di belakang rumah.

Dalam pada itu, Pengarah Agensi Anti Dadah Kebangsaan negeri, Rahayu Ahmad berkata, susulan Jabatan Kebajikan Masyarakat telah mengambil lima beradik itu untuk ditempatkan di rumah perlindungan di Pengkalan Chepa.

“Saya dimaklumkan wanita ini telah dibawa ke balai polis untuk ujian air kencing semalam tetapi dibebaskan selepas semua prosedur selesai.

“Sebab itu kami datang ke rumah, tetapi dia tidak ada, kami akan terus mengesan wanita biarpun dia tiada dalam rekod kami berhubung kesalahan dadah,” katanya
loading...

SHARE THIS
Loading...

Author:

seorang ibu dan blogger bebas ,memaparkan kisah-kisah menarik dari seluruh dunia

Loading...

0 ulasan: