Rabu, 4 Oktober 2017

Rupanya Bunyi "POP" Itu Bunyi Tengkorak Anak Kami. Anakku Meninggal Akibat Forcep..

terimakasih sudi like
loading...
Loading...
Rupanya Bunyi "POP" Itu Bunyi Tengkorak Anak Kami. Anakku Meninggal Akibat Forcep..

Hancur hati ibu apabila bayi yang dilahirkan dengan prosedur forcep ini maut kerana tengkorak kepalanya retak. Ibu hamil harus tahu risiko prosedur forcep.

Amaran penting: Sebelum menjalani sebarang prosedur perubatan, ketahui apakah risiko prosedur tersebut daripada pakar.

Kami amat bersimpati atas kehilangan satu lagi nyawa berharga yang tak bersalah ini – Olivia.

Sepanjang 9 bulan seorang ibu mengandung, pelbagai harapan dan impian memenuhi lubuk hatinya.

Pasti dia mahu yang terbaik untuk si manja yang belum lahir itu. Sebab itu dia sanggup makan dengan betul, cuba dapatkan rehat dan tinggalkan semua amalan yang tak sihat demi kesihatan janin.

Tapi, tak pernah terlintas di hati mereka untuk sesuatu yang buruk terjadi ketika ingin bersalin. Terutamanya jika ia bukan atas kesalahan diri sendiri!


Kepala bayi retak kerana prosedur forcep

Tapi itulah mimpi ngeri yang terpaksa dihadapi ibu ini, Rachel Melancon. Beliau hamil dengan sihat sebelum tiba-tiba tarikh bersalinnya telah terlebih tempoh.

Overdue! Lalu, beliau meminta doktor untuk menjalankan pembedahan c-section. Tambahan pula, bayi tersebut dikatakan besar berbanding badannya yang kecil itu.


Tapi menurut ibu mertua Rachel, pihak hospital tidak menggalakkan pembedahan c-section dijalankan kerana takut akan “meninggalkan” parut.

Jadi, Rachel terpaksa menanti sehingga 18 jam sebelum bersalin. Ketika itu, denyutan nadi bayi dalam kandungan telah meningkat.


Malah, Rachel juga mengalami demam setinggi 103 darjah celcius!

5 jam kemudian, Rachel masih cuba meneran dan bayi tiada tanda-tanda untuk keluar. Pemeriksaan lanjut mendapati bayi berada dalam posisi yang salah.

Jadi doktor cuba mengubah posisi bayi dengan tangannya. Apabila ia juga tak berjaya, forcep terpaksa dilakukan.

Tapi, ketika itu juga sesuatu telah terjadi…

Menurut ibu bapa tersebut, mereka terdengar bunyi “pop” seakan sesuatu retak. Rupa-rupanya, bunyi itu adalah bunyi tengkorak anak mereka!

Selepas tidak berjaya mengeluarkan bayi tidak bersalah itu melalui forcep, Rachel dipaksa untuk melakukan pembedahan c-section, akhirnya.




Olivia Marie, bayi itu dilahirkan dengan tengkorak yang retak dan saraf tunjang patah, mengakibatkan otaknya rosak.

article-2533493-1A675F5500000578-960_634


Yang lebih menyayatkan hati, dia tak dapat diselamatkan. Selepas 5 hari, bayi kecil ini maut dan pergi untuk selama-lamanya…



Risiko prosedur forceps untuk ibu dan anak

Keretakan tulang atau tengkorak adalah risiko yang paling terkenal bagi prosedur forcep. Sebab itu ibu hamil harus lebih berhati-hati dan mengetahui risiko sebarang prosedur bersalin.

Malah, ibu hamil juga harus tahu bila saat-saat forceps diperlukan. 

Menurut Mayo Clinic, prosedur forcep mungkin diperlukan jika serviks anda sudah terbuka sepenuhnya, membran sudah pecah dan bayi telah turun ke saluran peranakan, namun anda masih tak boleh menolak bayi keluar.

Jadi, prosedur forceps diperlukan untuk menyelamatkan bayi. Namun, c-section juga boleh dijalankan dengan serta-merta.

Akan tetapi, forcep memiliki beberapa risiko pada ibu dan anak, seperti:

- Kesakitan di perineum – tisu antara faraj dan dubur
- Koyak di bahagian bawah kemaluan dan luka
- Sukar untuk kencing
- Kencing manis jangka pendek dan panjang
- Anemia (kurang sel darah merah kerana hilang banyak darah)
- Pundi kencing dan uretra tercedera
- Pecah rahim 

Untuk bayi pula, antara risiko yang mungkin boleh terjadi termasuklah:

- Kecederaan di bahagian muka akibat tekanan daripada forcep
- Lemah otot muka secara sementara (facial palsy)
- Trauma di kawasan luar mata
- Tengkorak retak
- Pendarahan dalam tengkorak
- Sawan

Ingatlah, anda harus berbincang dengan doktor pakar tentang sebarang kerisauan yang anda takuti.

Malah, anda juga perlu tahu apa-apa maklumat tentang proses bersalin untuk sentiasa bersedia dengan apa-apa cabaran.


Takziah diucapkan.

Anda ada pengalaman ngeri sepanjang prosedur forcep? Kongsikan dengan kami di bawah!

Kredit: The AsianParent Malaysia
loading...

SHARE THIS
Loading...

Author:

seorang ibu dan blogger bebas ,memaparkan kisah-kisah menarik dari seluruh dunia

Loading...

0 ulasan: