Ahad, 15 Oktober 2017

Rumah Hangus Jin Dan Saka Bergaduh

terimakasih sudi like
loading...
Loading...
Rumah Hangus Jin Dan Saka Bergaduh

BEGINILAH keadaan rumah keluarga Zainab di Kampung Bunga Emas, Penambang, Kota Bharu yang hangus pada 19 September lalu.


KOTA BHARU – Kejadian api misteri yang mengganggu kehidupan keluarga Zainab Sulaiman, 80, sehingga mengakibatkan rumah mereka di Kampung Bunga Emas, Penambang, di sini hangus dijilat api bulan lalu didakwa berpunca daripada dua puak jin yang bergaduh.
Menurut pengamal perubatan tradisional dari Selangor, Saad Jaafar, 44, dia cuba membantu keluarga Zainab dan mendakwa telah menangkap dua puak jin yang mengganggu keluarga tersebut.
“Puak yang pertama adalah puak jin yang membakar rumah ini yang mengaku api adalah permainannya.
“Satu lagi puak pula adalah saka daripada keluarga ini sendiri. Insya-Allah selepas jin itu ditangkap tidak akan ada gangguan lagi,” katanya ketika ditemui di bekas tapak rumah tersebut di sini semalam.

loading...

SHARE THIS
Loading...

Author:

seorang ibu dan blogger bebas ,memaparkan kisah-kisah menarik dari seluruh dunia

Loading...

0 ulasan: