Rabu, 11 Oktober 2017

Pertama Kali Kate Muncul Tunjuk Baby Bump

terimakasih sudi like
loading...
Loading...
Pertama Kali Kate Muncul Tunjuk Baby Bump

The Duchess of Cambridge buat pertama kali telah menunjukkan ‘baby bump’nya sejak mengumumkan kehamilan anak ketiganya.

Kate Middleton, 35, menghadiri resepsi di Istana Buckingham untuk Hari Kesihatan Mental Sedunia malam Selasa dan perutnya kelihatan sedikit besar.




Kate tidak terlibat dalam majlis-majlis diraja sejak mengumumkan bahawa dia dan Prince William bakal menerima cahaya mata ketiga.

Pasangan diraja itu yang juga ibu bapa kepada Putera George dan Puteri Charlotte turut disertai Putera Harry pada majlis resepsi mengiktiraf pekerja kesihatan mental.




Kate dilihat memakai dress biru yang menampakkan sedikit perutnya.

“Keadaannya semakin baik tetapi dia masih menderita hiperemesis gravidarum.

“Dia gembira dapat berada di sini malam ini,” kata seorang pembantu.

Terdahulu William dan Harry menjadi tuan rumah majlis resepsi di Istana St James untuk meraikan semua yang telah membantu dalam kempen kesihatan mental Heads Together. -dailystarUK
loading...

SHARE THIS
Loading...

Author:

seorang ibu dan blogger bebas ,memaparkan kisah-kisah menarik dari seluruh dunia

Loading...

0 ulasan: