Sabtu, 7 Oktober 2017

Masjid Kristal..... Belum sedekad dah uzur dan daif

terimakasih sudi like
loading...
Loading...
Masjid Kristal..... Belum sedekad dah uzur dan daif

Pandangan jelek juga terdapat di sudut-sudut lain, termasuk tempat berwuduk di mana paip rosak, dan tandas awam juga tidak terurus dengan baik.

Nampak jelas juga siling yang lompang tidak terurus, kebocoran yang semakin ketara ketika hujan, amat tidak selesa untuk mereka yang berjemaah.

Beberapa orang pengunjung yang ditemui bersinis: “Sampai bila baldi dan besen akan terus memenuhi saf dan mengganggu khusyuk solat para jemaah?”

Tinjauan Sinar Harian masjid yang saban hari dikunjungi beribu pelancong dari dalam dan luar negara memerlukan baik pulih besar-besaran dalam waktu terdekat.

“Kalau terus dibiarkan macam ini, malu kita…Nama Taman Tamadun Islam, tetapi masjid tidak terurus,” kata seorang pengunjung yang enggan disebut nama.

Masjid itu dibina dan mula beroperasi pada tahun 2008, dengan kos RM23 juta. Belum sedekad dibangunkan struktur yang menjadi mercu tanda itu sudah begitu uzur, daif.
Timbul persoalan: Mengapa jadi begitu? Apakah negeri minyak ini tidak berduit untuk membaik pulih kedaifan berkenaan? Atau adakah sebab politik?

Baik penduduk sekitar mahupun pengunjung luar bersetuju bahawa Masjid Kristal khasnya, dan Taman Tamadun Islam amnya, tidak boleh dibiarkan suram dan gersang. Sesuatu mesti dilakukan.

Imam masjid itu, Wan Mohd Ridhwan Wan Azam mengakui, kerosakan yang berlaku di masjid itu ketara sejak dua, tiga tahun kebelakangan ini.

“Kita akui, kesan kerosakan yang berlaku mempengaruhi pelancong yang berkunjung ke masjid ini dan masalah ini telah dalam pengetahuan pihak pengurusan TTI,” katanya.

Menurut Wan Mohd Ridhwan, selain masalah kebocoran, Masjid Kristal juga mengalami masalah kekurangan jemaah kerana salah faham dalam kalangan penduduk setempat yang menganggap bahawa bayaran dikenakan sekiranya ingin masuk ke masjid ini.

“Tidak, kita tak pernah kenakan sebarang bayaran malah banyak program yang berjalan secara aktif di masjid ini yang mana memberi peluang kepada penduduk untuk sama-sama menyertai program diadakan di sini.

“Kita ada banyak program seperti kelas talaqi al-Quran, kelas tahfiz dan iqra serta kuliah maghrib dan banyak lagi program yang diadakan bagi mengimarahkan lagi masjid ini dan kehadiran tetamu amat-amatlah dialu-alukan,” katanya yang bertugas di situ sejak 2008.

Sumber: Sinar Harian
loading...

SHARE THIS
Loading...

Author:

seorang ibu dan blogger bebas ,memaparkan kisah-kisah menarik dari seluruh dunia

Loading...

0 ulasan: