Selasa, 3 Oktober 2017

5 Kes Yang Melibatkan Dato’ Boy Iman! Ini Yang Paling Memalukan

terimakasih sudi like
loading...
Loading...
5 Kes Yang Melibatkan Dato’ Boy Iman! Ini Yang Paling Memalukan

Kasihan pula kami lihat pada Dato Boy Iman kerana setiap apa yang dilakukannya pasti akan dikecam netizen. Boleh dikatakan hampir semua perkara menimbulkan kontroversi. Buat anda yang terlepas pandang, 5 kes ini tercalit kontroversi DBI

.1. Menubuhkan Majlis Paduka Ayahanda Dato’ Boy Iman


Sewaktu tularnya pertubuhan ini, rata -rata netizen telah mengecam DBI gara – gara pengeluaranT-shirt dan sticker Majlis Paduka Ayahanda Dato’ Boy Iman. Ketika itu, DBIdianugerahkan pangkat ‘ayah’ di dalam Persatuan Pekida dan turut menubuhkan persatuannya sendiri.

2. Isu pembelian Dato
Sewaktu mengumumkan beliau mendapat pangkat Dato dari Kerajaan Naning, sudahpun mencetuskan kontroversi apabila pangkat itu tidak diiktiraf oleh mana – mana kerajaan negeri mahupun negara.




Tidak cukup dengan itu, DBI turut mengumumkan beliau mendapat pangkat Dato dari kerajaan negeri Pahang. Kecaman hebat terus dilemparkan buat beliau kerana beliau hanya memuat naik gambar di hadapan pintu istana sehingga membuat ramai pihak mempertikaikan taraf dato tersebut.

3. Taraf kedoktoran yang tidak diiktiraf



Selain isu pangkat DatoDBI juga telah mencetuskan kontroversi apabila beliau dikatakan mendapat pengiktirafan yang bergelar Doktor oleh sebuah universiti swasta luar negara.


Namun yang menjadi persoalan adalah majlis konvokesyen beliau hanya dibuat ringkas di dalam sebuah dewan yang dihiasi belon dan dihadiri oleh kenalan rapat sahaja, berbeza dengan istiadat konvokesyen yang lazim kita lihat.

4. Kes penyelewengan hartanah



Kes paling panas dikaitkan dengan beliau! Setelah ramai pihak ragu – ragu dengan nilai rumah yang dijual oleh syarikat DBI, timbul pula dakwaan beberapa individu yang mendakwa ditipu oleh syarikat beliau. Malah beberapa institusi turut menafikan mereka memberi pengiktirafan dan kelulusan bekerjasama dengan syarikat DBI.


5. Filem Blok 404
Suatu ketika dahulu filem ini pernah mendapat sambutan hangat kerana memaparkan jalan cerita seram yang berbeza dari filem lain ketika itu. Tahun 2017 telah menyaksikan pembikinan semula filem ini dan DBI bertindak sebagai pengarah dan pelakon filem remake ini.



Namun apa yang mencetuskan kontroversi adalah apabila DBI membuat kenyataan bahawa pelakon Tasha Shilla akan berlakon dalam filem ini. Akui tidak selesa dihimpit pelbagai persoalan, Tasha Shilla melalui instagram nya tampil menyatakan bahawa beliau tidak berminat dengan tawaran tersebut dan turut menggelar DBI sebagai pakcik.

Pelbagai kontroversi terus dikaitkan dengan DBI. Apapun, kami di Hangat mendoakan Dato Boy Iman akan terus sukses dengan setiap bidang yang diceburi dan dapat membuka mata mereka yang selalu menindas beliau.
loading...

SHARE THIS
Loading...

Author:

seorang ibu dan blogger bebas ,memaparkan kisah-kisah menarik dari seluruh dunia

Loading...

0 ulasan: